Sunday, May 23, 2010

FIkiRaN??

Setiap hari aku melangkah kaki keluar ke universiti aku terfikir... apakah hari ini lebih baik daripada semalam dan hari2 sebelumnya? pengalaman apakah yang bakal aku lalui di bumi Sham pada hari ini?
Hmm... kadang-kadang aku terfikir tentang keluarga aku di malaysia, kawan2 aku, saudara mara aku n umat islam di luar sana. adakah mereka masih sempat menikmati kehidupan seperti yang aku lalui pada hari ini? Wallahua3lam... Hanya Allah yang tahu. Sama ada mereka melalui hari yang baik atau tidak, penuh dengan kegirangan atau tidak... itulah perkara yang selalu bermain di kotak fikiranku saban hari.

Manakala tatkala aku pulang ke rumah pada waktu petang melalui Syarie' Jami3ah pula sering aku terlihat wajah2 anak2 kecil meminta sedekah, warga2 palestin yang dihalau dari bumi sendiri. sedih... sungguh sedih dan menyentuh jiwa.. teringin jugak aku untuk berjuang bagi pihak mereka di palestin sana, tapi apakan daya hanya doa yang mampu aku hulurkan. kudratku tidak mampu untuk membantu.

Jika ku mampu nescaya pasti akanku gegar bumi palestin dengan kekuatan yang ada padaku. Mungkin tidak akan wujud kekuatan seumpama itu. Namun apa yang pasti kekuatan kesepaduan dan permuafakatan itu wujud. Dan jika kita mampu menyemai persepaduan dalam kalangan umat umat Islam  seluruh dunia, pasti Kegemilangan Islam akan kembali... EnshaAllah... Tapi sekarang aku hanya mampu menadah tangan memandang langit...

Ya Allah bantulah saudara-saudara ku di Palestin, Iraq, Afghanistan dan seantero dunia... Berikanlah kami kemenangan demi agamaMu Ya Allah dan berkatilah kehidupan kami dengan RahmatMu Ya Allah... Amiiinnn~


*setiap hari balik dr JUST aku selalu terfikir ttg nasib umat Islam seluruh dunia(sambil dengar lagu Maher Zain dengan gaya yang agak poyo- ini serius bukan main2)~hahahaha*

6 comments:

  1. lu apa hal nak sedar-sedar ni?

    kang wa ambik url kat baju lu mahu?

    ReplyDelete
  2. berd- hahaha~ skali sekala berd.. bukan selalu aku mcm nih~
    caish, itu URL mahal punya. skolah gua bg~ wakakaka
    btw, berd, belog gua da tukar nama bai~da xbleh kutuk aku da~ hahaha

    ReplyDelete
  3. mana blog akubudakform5stp08?

    aku rinduu doowwhh blog tu.

    ReplyDelete
  4. hazen- hahaha~ blog tu da ditukar pemilik~ mungkin akan kembali satu hari nant~ hahaha~

    ReplyDelete
  5. akubudakform5stp08 manaa??????!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete