Friday, February 11, 2011

lama sudah.

salam...

well, it has been 6 months  i haven't post anything in this blog. maybe sebab busy. maybe jugak sebab malas. by the way, aku baru nak menulis balik. dah lama dah aku tak menulis. otak pun dah beku. minda dah tepu. lidah dah kelu. badan pun dah kaku. oke, kaku sebab sejuk ye bukan mati.

hmm, 2nd sem dah masuk. tapi semangat study masih belum ada. macam biasalah. nak kena tunggu final exam agaknya baru ada semangat. tu pun kalau semangat tu muncullah. kalau tak muncul-muncul jugak kenala gagahkan diri untuk study. okela, sekian saja buat masa ni. babai.

note-hobi baru. modal baru. lebih relevan. 
      

Friday, July 16, 2010

tenang.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, Tuhan yg menciptakan segala isi kandungan dunia.

Alhamdulillah cuti yg lepas dpt jugak aku menjejakkan kaki ke Haramain atau Dua Tanah Haram iaitu Mekah Al-Mukaramah dan Madinah Al-Munawarah. Perasaan yg teramat tenang pabila aku melangkahkan kaki ke Masjid Nabawi dan Masjidil Haram amat sukar dan hampir mustahil utk aku dptkn di mana2 tempat di mayapada ni. Semoga dpt aku masih berkesempatan utk menjejakkan kaki ke sana lagi pada masa depan. EnshaAllah~

~Aku rindu Tanah itu~

Thursday, June 17, 2010

Cuti kembali! Hooray!

Alhamdulillah tamat sudah semester 2... kini tibalah masanya untuk budak2 JUST bercuti. walaupun xlama tapi bersyukur jugaklah sebab dapat cuti. haha. Naik semester baru bermakna kelas aku bukan lagi dua hari tap da meningkat dan menaik menjadi 5 hari seminggu! haishhh malas la pulak kalau difikirkan balik. ye lah da terbiasa dengan kelas dua hari seminggu kan. haha~ tap xpelah demi tanggungjawab terhadap agama dan negara akan ku gagahkan kaki melangkah ke kelas setiap hari~ *bercakap dengan gaya yang macho sambil mendengar lagu semangat yang amir syuk pasang kuat2~haha*

Untuk cuti kali ni EnshaAllah aku akan melawat ke tempat yang ramai orang idam2kan untuk pergi. Walaupun xbalik malaysia untuk cuti kali ini, aku tetap bersyukur sebab tempat yang bakal aku pergi ni memang tempat yang terbaik dalam dunia~ Di manakah tempat tersebut?? nantkan sehingga habis cuti semester ini!
Ciao!

p/s:agak2 masih layakkah aku untuk mendapat deanlist?  hope so~ hahaha~

Sunday, May 23, 2010

FIkiRaN??

Setiap hari aku melangkah kaki keluar ke universiti aku terfikir... apakah hari ini lebih baik daripada semalam dan hari2 sebelumnya? pengalaman apakah yang bakal aku lalui di bumi Sham pada hari ini?
Hmm... kadang-kadang aku terfikir tentang keluarga aku di malaysia, kawan2 aku, saudara mara aku n umat islam di luar sana. adakah mereka masih sempat menikmati kehidupan seperti yang aku lalui pada hari ini? Wallahua3lam... Hanya Allah yang tahu. Sama ada mereka melalui hari yang baik atau tidak, penuh dengan kegirangan atau tidak... itulah perkara yang selalu bermain di kotak fikiranku saban hari.

Manakala tatkala aku pulang ke rumah pada waktu petang melalui Syarie' Jami3ah pula sering aku terlihat wajah2 anak2 kecil meminta sedekah, warga2 palestin yang dihalau dari bumi sendiri. sedih... sungguh sedih dan menyentuh jiwa.. teringin jugak aku untuk berjuang bagi pihak mereka di palestin sana, tapi apakan daya hanya doa yang mampu aku hulurkan. kudratku tidak mampu untuk membantu.

Jika ku mampu nescaya pasti akanku gegar bumi palestin dengan kekuatan yang ada padaku. Mungkin tidak akan wujud kekuatan seumpama itu. Namun apa yang pasti kekuatan kesepaduan dan permuafakatan itu wujud. Dan jika kita mampu menyemai persepaduan dalam kalangan umat umat Islam  seluruh dunia, pasti Kegemilangan Islam akan kembali... EnshaAllah... Tapi sekarang aku hanya mampu menadah tangan memandang langit...

Ya Allah bantulah saudara-saudara ku di Palestin, Iraq, Afghanistan dan seantero dunia... Berikanlah kami kemenangan demi agamaMu Ya Allah dan berkatilah kehidupan kami dengan RahmatMu Ya Allah... Amiiinnn~


*setiap hari balik dr JUST aku selalu terfikir ttg nasib umat Islam seluruh dunia(sambil dengar lagu Maher Zain dengan gaya yang agak poyo- ini serius bukan main2)~hahahaha*